Latar belakang Husain_Awang

Beliau dilahirkan di Besut Terengganu pada 10 Ogos 1946 dan mempunyai 10 orang cahaya mata dari seorang isteri, Toh Puan Hajjah Meliah Muhammad. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh Besut dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (Atas)  Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu[2]. Kemudian beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu dan Kolej Islam Kelang[2].